Assalamualaikum,
Okay disebabkan ini first blog aku , aku nak berkongsi sedikit tentang pengalaman aku pergi mengikuti aktiviti mendaki gunung. Aku memang berminat dengan aktiviti-aktiviti outdoor ni.
Macam mana aku boleh terjebak hendak mengikut trip ni semua disebabkan cousin aku yang kaki hiking & dia ada group dia sendiri iaitu SANTAI HIKERS. Jadi aku pun terus join disebabkan aku ni bekerja di construction jadi amat payah untuk bercuti lama-lama. Jom baca pengalaman aku mendaki gunung ledang TAPI sebelum itu aku bagi sedikit info berkaitan GUNUNG LEDANG.
Tarikh trip ini adalah 18 & 19 Mac 2017 (2 hari 1 malam ). kami bertolak dari Pasir Gudang pukul 12mlm & sampai di tol Tangkak dalam kurang pukul 3pg . sampai disana kami berkumpul ,berkenalan sesama sendiri berserta pengagihan makanan untuk dibawa ke puncak . Setelah itu, kami berehat sehingga pukul 6pg.
Lebih kurang dalam pukul 8pg kami sampai di Taman Negara Gunung Ledang. Setiap barang yang dibawa ke atas perlu di isthiar dahulu kepada pegawai hutan. Apa yang dibawa ke puncak perlu sama dibawa ke bawah juga yew. Jika tidak kena bayar per barang sebagai denda.
3 orang sebelah kiri tu sepupu aku , baju hitam itu cinta hati aku , baju putih itu kwn cinta hati aku.hehehhe semestinya kena bawa supporters. |
- Headlamp
- Mestin (mangkuk besi mcm askar2x bawa itu), sudu , cawan & etc .
- Air mineral 2 x 1.5 L (sebab org lain x kan nak bg air diorg pula)
- Ubat personal
- Snack,kurma,kismis,chocolate power bar etc (makanan yg boleh tambah tenaga kalau kau penat nnt)
- Air manis (100plus, glucose etc)
- Poncho (kalau hari hujan) / Windbreaker (sebab mlm dekat atas sgt sejuk)
- Pakaian salin bersih, kain, tuala (1 pakaian tidur, 1 pakaian hiking , 1 tinggal dlm kereta)(pandai2x la bawa jgn smpai berat pula beg nak bawa nnt)
- Toiletries (bawa simple & kecik sahaja)
- Plastik sampah
- Selipar (kalau aku pakai kasut croc / getah je sebab kalau basah cepat kering)
- Wet tissue / water spray (utk keperluan kalau sakit perut dlm perjalanan)
- sleeping mat***(khemah / kanvas )
- sleeping bag (wajib ada kalau tidak tidur dalam mengigil la)
- Battery kecik / autan / penghalau serangga
- Stokin
Itu list barang2x yang aku bawa tapi bukan semua la..hehehehehe (ikut masing2x punya suka)
Sebelum mula hiking mestilah wajib mendengar briefing daripada guide tentang info & keterangan laluan yang akan dilalui. Group kami hanya 21 orang sahaja. Dengar sahaja briefing dah tahu kepenatan yang akan dialami tapi semangat aku tak goyah okay. Mula mendaki dengan penuh semangat pada pukul 10am.
Laluan kami untuk hari pertama adalah CP 1 (BUKIT SEMPUT) , CP 2(HENTIAN MERANTI) , CP 4 (KOLAM GAJAH) lebih kurang 4 jam perjalanan .Kami kan santai hiker tidak perlu terburu-buru sampai ke destinasi. Meh belanja gambar sikit.
CP 1 BUKIT SEMPUT |
CP 2 HENTIAN MERANTI |
Sampai di CP 4 (kawasan kem kami) dalam kurang pukul 1pm, kami memasang khemah & memasak. Semua sudah kehilangan tenaga & kelaparan. Setelah makan kami berehat & pada pukul 4 ptg kami decide untuk pergi ke Twin Waterfall. Perjalanan ke Twin Waterfall hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit & 30 minit untuk sampai ke base camp semula . Disebabkan laluan ke sana agak susah & curam , laluan itu kurang dilalui oleh pendaki2x yang lain.. Banyak kali ahli group tergelincir untuk sampai ke destinasi tersebut. Tetapi pemandangan air terjun tersebut subhanallah, amat cantik.
Terima Kasih kepada yang sudi membaca, semoga pengalaman saya dapat mengilhamkan dan menarik minat kalian untuk mencuba aktiviti hiking. 💋
No comments:
Post a Comment