Saturday, 1 April 2017

MENDAKI GUNUNG LEDANG



Assalamualaikum,

Okay disebabkan ini first blog aku , aku nak berkongsi sedikit tentang pengalaman aku pergi mengikuti aktiviti mendaki gunung. Aku memang berminat dengan aktiviti-aktiviti outdoor ni. 
Macam mana aku boleh terjebak hendak mengikut trip ni semua disebabkan cousin aku yang kaki hiking & dia ada group dia sendiri iaitu SANTAI HIKERS. Jadi aku pun terus join disebabkan aku ni bekerja di construction jadi amat payah untuk bercuti lama-lama. Jom baca pengalaman aku mendaki gunung ledang TAPI sebelum itu aku bagi sedikit info berkaitan GUNUNG LEDANG.

Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah TangkakJohorMalaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu AsahanMelaka. Dengan ketinggian 1,276 meter , Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan SumateraIndonesia dengan jelas.

Tarikh trip ini adalah 18 & 19 Mac 2017 (2 hari 1 malam ). kami bertolak dari Pasir Gudang pukul 12mlm & sampai di tol Tangkak dalam kurang pukul 3pg . sampai disana kami berkumpul ,berkenalan sesama sendiri berserta pengagihan makanan untuk dibawa ke puncak . Setelah itu, kami berehat sehingga pukul 6pg. 

Lebih kurang dalam pukul 8pg kami sampai di Taman Negara Gunung Ledang. Setiap barang yang dibawa ke atas perlu di isthiar dahulu kepada pegawai hutan. Apa yang dibawa ke puncak perlu sama dibawa ke bawah juga yew. Jika tidak kena bayar per barang sebagai denda. 

3 orang sebelah kiri tu sepupu aku , baju hitam itu cinta hati aku , baju putih itu kwn cinta hati aku.hehehhe semestinya kena bawa supporters.
Sebelum itu aku nak bagi list barang keperluan untuk dibawa jika bermalam di atas .
  1. Headlamp
  2. Mestin (mangkuk besi mcm askar2x bawa itu), sudu , cawan & etc .
  3. Air mineral 2 x 1.5 L (sebab org lain x kan nak bg air diorg pula)
  4. Ubat personal 
  5. Snack,kurma,kismis,chocolate power bar etc (makanan yg boleh tambah tenaga kalau kau penat nnt)
  6. Air manis (100plus, glucose etc)
  7. Poncho (kalau hari hujan) / Windbreaker (sebab mlm dekat atas sgt sejuk)
  8. Pakaian salin bersih, kain, tuala (1 pakaian tidur, 1 pakaian hiking , 1 tinggal dlm kereta)(pandai2x la bawa jgn smpai berat pula beg nak bawa nnt)
  9. Toiletries (bawa simple & kecik sahaja)
  10. Plastik sampah
  11. Selipar (kalau aku pakai kasut croc / getah je sebab kalau basah cepat kering)
  12. Wet tissue / water spray (utk keperluan kalau sakit perut dlm perjalanan)
  13. sleeping mat***(khemah / kanvas )
  14. sleeping bag (wajib ada kalau tidak tidur dalam mengigil la)
  15. Battery kecik / autan / penghalau serangga
  16. Stokin 
Itu list barang2x yang aku bawa tapi bukan semua la..hehehehehe (ikut masing2x punya suka)

Sebelum mula hiking mestilah wajib mendengar briefing daripada guide tentang info & keterangan laluan yang akan dilalui. Group kami hanya 21 orang sahaja. Dengar sahaja briefing dah tahu kepenatan yang akan dialami tapi semangat aku tak goyah okay. Mula mendaki dengan penuh semangat pada pukul 10am.


Baiklah ini adalah ↓ peta laluan ataupun checkpoint sepanjang lalauan gunung ledang. Disebabkan group kami bermalam di atas , jadi lalauan kami lain sedikit berbanding laluan 'Daypack'.
Ini adalah peta laluan atau dikenali sebagai checkpoint.
Laluan kami untuk hari pertama adalah CP 1 (BUKIT SEMPUT) , CP 2(HENTIAN MERANTI) , CP 4 (KOLAM GAJAH) lebih kurang 4 jam perjalanan .Kami kan santai hiker tidak perlu terburu-buru sampai ke destinasi. Meh belanja gambar sikit. 

CP 1 BUKIT SEMPUT

CP 2 HENTIAN MERANTI


Sampai di CP 4 (kawasan kem kami) dalam kurang pukul 1pm, kami memasang khemah & memasak. Semua sudah kehilangan tenaga & kelaparan. Setelah makan kami berehat & pada pukul 4 ptg kami decide untuk pergi ke Twin Waterfall. Perjalanan ke Twin Waterfall hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit & 30 minit untuk sampai ke base camp semula . Disebabkan laluan ke sana agak susah & curam , laluan itu kurang dilalui oleh pendaki2x yang lain.. Banyak kali ahli group tergelincir untuk sampai ke destinasi tersebut. Tetapi pemandangan air terjun tersebut subhanallah, amat cantik.

“Allah menjadikan sebagian ciptaanNya sebagai tempat bernaung untukmu, dan menjadikan gunung-gunung sebagai tempat berlindung....” (Al Quran surat An Nahl: 81)



Setelah itu, kami kembali ke kem pada pukul 6ptg. Aktiviti petang itu hanya memasak dan dalam pukul 9mlm semua sudah melelapkan untuk menyimpan semula tenaga untuk naik ke puncak pada pukul 2pg. Disebabkan nasib kami kurang baik, pada pukul 10mlm hujan turun dengan lebat tetapi kerana kepenatan semua tidak sedar. 

Jadi kami lewat satu jam untuk memulakan pendakian ke puncak. Kami mula bergerak dalam pukul 3pg. Perjalanan ke puncak lebih kurang dalam 4-5 jam juga la. Keadaan pagi untuk hiking sangat sejuk dan memaksa ramai di kalangan kami yang terpaksa menggunakan sweater. Untuk sampai ke puncak laluan kami adalah CP 4 (Kolam Gajah) , CP 5 (Sg Segitiga) seterusnya ke Puncak Mahligai. Laluan yang kami ikut ini agak mencabar juga la. Kami perlu tempuhi kawasan mendaki lebih kurang 3jam tanpa ada kawasan mendatar. Kami juga melalui kawasan rumput lumut serta singgah di kawasan air gunung untuk solat subuh di surau yang disediakan serta mengambil bekalan air di sungai tersebut untuk perjalanan ke puncak serta turun semula ke kem. Pertama kali merasa air tulen dari gunung sangat segar seperti air mineral spritzer yang diletakkan didalam peti ais. 



Kami hanya mengambil perjalanan selama satu jam untuk sampai ke puncak. Disebabkan ramai di antara kami yang ingin melihat awan karpet (jika bernasib baik) , mereka berjalan dengan agak pantas. Jadi keputusan untuk aku join group ini sangat berbaloi. Akhirnya kami sampai ke puncak dengan perasaan puas dan view dia sangat sangat sangat cantik.






Kami turun dari puncak pada pukul 9.00pg dan sampai ke kem pada pukul 12.00tghari. Laluan turun kami Puncak Mahligai , Bukit Botak , Taman Bonsai , Batu Hampar , Gua kambing , K.F.C(killing fitness centre) , CP5 (sg segitiga) hingga CP5 (kolam gajah).







Sampai di kem, kami terus mengemas barang untuk turun ke bawah. Kami hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Pejabat Taman. Setelah turun kami menunggu ahli group dan istyhiar harta barangan dan pada pukul 5ptg semua bersurai untuk balik ke Pasir Gudang. 

Terima Kasih kepada yang sudi membaca, semoga pengalaman saya dapat mengilhamkan dan menarik minat kalian untuk mencuba aktiviti hiking. 💋































































MENDAKI GUNUNG LEDANG

Assalamualaikum, Okay disebabkan ini first blog aku , aku nak berkongsi sedikit tentang pengalaman aku pergi mengikuti aktiviti mendaki ...